Sebagai sebuah
pusat pentadbiran yang baru membangun, maka pelbagai kajian
telah dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan di
kawasan tersebut.
Pada ketika itu,
keadaan geografinya yang berpaya serta sukar untuk dibangunkan,
aktiviti pertanian yang diusahakan adalah sekadar untuk sara
diri sahaja. Atas usaha yang proaktif Kerajaan Negeri berjaya
melaksanakan Pelan Induk Pembangunan yang komprehensif
bertunjangkan falsafah Politik Pembangunan. Projek IADP
Samarahan yang dilaksanakan di Bahagian ini merupakan objektif
untuk meningkatkan pengeluaran makanan dengan memperluaskan lagi
kawasan penanaman nenas, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sungguhpun
demikian, kesungguhan pihak kerajaan untuk membangunkan Bahagian
ini hanya akan menjadi sia-sia sekiranya minda penduduk tempatan
masih belum terbuka untuk berhadapan dengan rentak pembangunan
yang dijana yang mana ianya memerlukan kesediaan, pengorbanan
dan peranan penduduk tempatan dalam konteks memberi sumbangan
mereka kepada proses pembangunan itu sendiri.
|
Hari ini
ternyata sekali segala usaha itu telah menjadi kenyataan
dengan pertumbuhan pembangunan yang begitu pesat dengan
adanya Institut pengajian tinggi seperti Universiti
Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi MARA Cawangan
Sarawak, Institut Perguruan Tun Abdul Razak selain dari
sebuah Pusat Perubatan Antarabangsa (Sarawak
International Medical Centre) yang baru saja siap
dibina. kini Samarahan telah membangun dengan begitu
pesatnya dan dikenali sebagai Pusat Ilmiah dan pusat
pengeluaran makanan.
Kini
Samarahan tidak lagi asing khususnya kepada masyarakat
dalam dan luar dari negeri Sarawak. Pertambahan
penduduknya kian meningkat kesan dari pembinaan
kawasan-kawasan perumahan yang didiami bukan saja dari
kalangan warga tempatan malahan turut mengundang
penduduk dari luar kawasan untuk bermastautin disini.
|