|
"Ini
kita lakukan untuk meningkan lagi pengeluaran makanan negara
untuk menampung keperluan makanan yang mencukupi kepada
rakyat," katanya.
Perdana Menteri memberitahu, bagi Sarawak, Kerajaan
Persekutuan telah meluluskan untuk memajukan projek
agropilitan yang dikenal pasti di dalam dan luar Pembangunan
Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SCORE).
Menurutnya, sebanyak lima kawasan tekah dikenal pasti untuk
pelaksanaan projek itu iaitu di Pulau Bruit, Mukah, Bukit
Sadok, Stumbin-Lingga, Sri aman, Batang Sadong, Bahagian
Samarahan dan Telang Usan, Miri.
"Perlaksanaan
projek ini akan dapat menambahkan lagi pendapat petani dari
RM300 kepada RM1,500 sebulan," jelasnya.
Katanya, bagi tujuan itu kerajaan telah meluluskan
peruntukan sebanyak RM4 bilion bagi memajukan sektor
pertanian negara ini yang bermula di Sarawak.
Beliau menarik perhatian, bahawa usaha kerajaan
memperhebatkan lagi bidang pertanian secara besar-besaran
itu turut menarik pelabur dari Arab dan Jepun. |