|
KOTA SAMARAHAN,
Sabtu - Sebanyak 1,763 pokok ditanam di sepanjang Jalan Pentagon, Kota
Samarahan sempena upacara penanaman pokok yang dijalankan serentak di
seluruh negeri Sarawak hari ini.
Penanaman pokok itu
disertai 45 kumpulan, signifikan dengan 45 tahun Sarawak Maju Dalam
Malaysia membabitkan jabatan kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),
sekolah, pertubuhan parti dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Antara jenis pokok yang
ditanam ialah Cinamommum Inners (Kayu Manis) 45 anak pokok,
Pseuderanthemum Recticulatum (Yellow Eranthemum), Acalypha Siamensis
(Tea Leaves), Altenanthera Dentata (Red Eranthemum) dan Durantha Gold
(Golden Durantha) masing-masing 405 anak pokok dan Hibiscus Sp (Bunga
Raya) 98 anak pokok.
Simbolik perasmian
penanaman pokok itu telah disempurnakan oleh Senator Dato' Haji Idris
Buang yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.15 Muara Tuang
Dato' Seri Haji Mohd Ali Mahmud.
Berucap di majlis itu Ali
Mahmud berkata program seperti itu berupaya meningkatkan lagi semangat
nasionalisme terhadap negeri dan negara tercinta.
"Melalui program seumpama
inii kita juga dapat menghijaukan persekitaran, melambangkan rasa cinta
kepada tanah air sekali gus memperingati jasa mereka yang telah membawa
kemerdekaan seperti yang dirasai hari ini,"katanya.
(PetikanAkhbar
Mingguan Sarawak 24 Ogos 2008)
|