|
(Unit Pentadbiran) dan Jabatan Ketua Menteri
(Unit Perancangan Negeri) masing-masing tiga penerima. Mendahului penerima pingat itu ialah Pegawai Daerah Samarahan, Mohd Ainnie
b. Haji
Wahab yang telah berkhidmat selama 28 tahun diikuti oleh Encik Zulkipli b.
Hassan dari Pejabat Residen Samarahan yang telah berkhidmat selama 30 tahun.
Ketika pemerintahan Brooke, pingat itu dikenali dengan nama 'Long Service
Decoration' dan ia diberikan kepada mereka yang berkhidmat lama serta
menunjukkan mutu perkhidmatan cemerlang.
Bermula tahun 1950-an, era pemerintahan British, gelaran itu ditukar kepada
'Long Service Badge' dengan tujuan yang sama. Bersesuaian dengan
perubahanpemerintahan, ia sekali lagi bertukar nama kepada Pingat
Perkhidmatan Lama bermula 1963. Akhirnya pada tahun 1996, pingat berkenaan
dinamakan Pingat Perkhidmatan Setia sehingga kini.
Majlis penyampaian pingat itu telah disempurnakan oleh Menteri Perancangan
Sumber dan Pengurusan Sumber, Dato Sri Haji Awang Tengah Ali Hassan yang
mewakili Pehin Sri Haji abdul Taib Mahmud.
Kakitangan Pejabat Residen Dan
Daerah Samarahan yang menerima ialah terdiri dari Encik Mohd
Ainnie b. Haji Wahab, Encik Zulkipli b. Hassan, Encik Chung Nyuk
Nam, Encik Je-eb Ak Igan, Encik Watt Ak Nyambong, Encik Haini
Mahli, Encik Joli b. Laku, Encik Wan Bujang Jenalabidin bin Wan
Mahjar, Encik Eshak b. Ramli, Encik Narimin b. Kipli, Encik Wan
Radili b. Wan Seman, Haji Ali @ Muslim b. Badrin, Encik Sulaiman
b. Haji Saji, Encik Libar Ak Lidok, Encik Bakar b. Jamali dan
Encik Masanu b. Adis. |