Top Menu
Language Select
  Malay  | English
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 22 Okt 2014
Versi 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
Sejarah Bahagian Cetak Sejarah Bahagian

SEJARAH BAHAGIAN SAMARAHAN

 

Picture

Walaupun Samarahan menjadi sebuah Bahagian hanya beberapa tahun yang lalu, namun ia mempunyai sejarah awal yang ulung. Di Daerah Serian terdapat Gua Sireh yang pernah diduki oleh manusia purba pada Zaman Batu, Zaman Batu Baru dan Zaman Besi kira-kira 21,000 tahun yang lalu. Penduduk purba ini meninggalkan bukti-bukti seperti tembikar, kulit siput, manik, tanah perkuburan dan lukisan batu. Penemuan hampas padi pada tembikar membuktikan penanaman padi dan beras sebagai bahan makanan pada masa pra-sejarah.

Menandangkan Samarahan berdekatan dengan Kuching (Sarawak pada asalnya) yang mempunyai sejarah yang besar dan berterusan, maka kesannya ke atas Samarahan adalah sangat jelas sejak awal lagi.

   Kuching (Sarawak) mewarisi bukti-bukti sejarah awal di Samtubong yang terletak di salah sebuah loba Sungai Sarawak. Penyelidikan arkeoligi telah menemui bekas tapak kuil, lomggokan tahi besi dan ribuan serpihan tembikar yang agak luar biasa menjadikannya sebuah tapak arkeologi terbesar di Malaysia. Kajian ke atas penemuan ini menunjukkan bahawa Santubong telah menjadi sebuah kota-pelabuhan dari abad ke-7 hingga abad ke-4.

   Datu Merpati Jepang mungkin boleh disifatkan sebagai mengasas kota-pelabuhan Santubong dan cerita Puteri Santubong dan peperangan yang berlaku dengan Puteri Sejinjang mungkin boleh ditafsirkan satu peperangan yang memusnahkan tamadun di Santubong. Ekoran dari itu mungkin Datu Merpati Jepang telah melarikan diri bersama pengikutnya ke pedalaman. Di Kampung Mawang Taup terdapat sebuah tugu diperbuat daripada batu yang digelar oleh penduduk di situ sebagai Batu Datuk Merpati.

   Ketiadaan peninggalan sejarah di Santubong selepas abad ke-14 besar kemungkinan berlakunya perpindahan ke tempat lain. Selain dari ke Lidah Tanah, penduduk santubong mungkin juga telah berpindah ke kawasan Samarahan. Penyelidikan arkeologi lembah Sungai Sadong menunjukkan kemungkinan beberapa penempatan awal. di Bukit Berhala telah ditemui sebuah nadi dan patung lembu yang menunjukkan wujudnya agama Hindu, kepercayaan terawal seperti yang terdapat pada zaman kerajaan tua Srivijaya dan Majapahit pada abad ke-7. Penyelidikan susulan kemudian menemui ribuan serpihan tembikar di Gedong dan Bukit Sandong.

 

Picture

   

Kajian  ke atas tembikar ini menunjukkan kewujudan pusat perdagangan awal dari abad ke-14hingga abad ke-17. Pada tahun 2005 longokan tembikar telah ditemui di Benat dan pada tahun 2008 orang awam telah menjumpai ketul emas di Gumpey. Semua ini membuktikan bahawa Samarahan merupakan sebuah  kawasan yang sentiasa menarik perhatian manusia zaman awal.  Dengan sejarah awal yang sangat menonjol Samarahan mungkin telah berkembang dan akhirnya menjadi sebuah Negeri. Dalam hubungan ini buktinya terdapat dalam sebuah manuskrip tulisan JAwai berjudul Alamat Zaman ketakhtaan negeri Baruni:

"...Dan pada masa ratu melaka diatas kerajaan negeri/juhur awang alah betatar beristeri ke juhur ialah digalarkan awang alak betatar/ada seri sultan muhd dan saudaranya patih berbai jadi bendahara/seri maharaja  permaisuara digalar dn pengiringnya yang lain itu digalar damang/temenggong da patih damong. Bermacam2 nama pengawa dan/dianugerahi oleh/baginda di Juhur empat menteri dan ngaskar/dangan babarapa dayang2nya dianugerahi nobat nagaragenta alamat serta/sakalian alat2 kerajaan yang berbaga-bagai dan dianugerahi...buah nagari iaitu Kalaka dan/Saribas dan Rajang dan Sadong dan Samarahan dan/Sarawak karana di pulau ... Juhur pun memarintah juga ialah/..."

   Dalam sejarah Brunei Awang alak Betatar ialah raja yang pertama dan telah memeluk agama Islam dengan nama Sultan Muhamad. Baginda dikatakan telah mula memerintah Brunei pada tahun 1364. Pada masa inilah Negeri Samarahan beserta beberapa negeri lain telah dinaugerahkan kepada Kesultanan Brunei. Jelaslah bahawa Samarahan yang bermula dengan beberapa pusat petempatan awal di sepanjang Sungai Sadong telah berkembang menjadi entiti politik tersendiri sebagai sebuah negeri.

    Di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, Samarahan menjadi sebuah jajahan yang penting. Lembah /sungai Sadong merupakan sebuah kawasan tanah subur yang sesuai untuk pertanian, khususnya penanaman padi. Gedong yang terletak hampir di pertengahan sungai telah menjadi sebuah pusat pentadbiran sehingga mungkin nama Gedong itu asalnya dari perkataan gedung, pusat pengumpulkan hasil dan barangan yang melalui Sungai Sadong. Sebagai sebuah negeri, Samarahan turut menghantar berbagai cukai dan hasil kepada sultan setiap tahun.

Picture

Pengiran Indera Mahkota Muahamad Salleh

 

   Sehubungan dengan itu ramai juga orang Melayu Brunei telah berpindah dan tinggal di Samarahan, termasuk juga orang-orang bangsawan. Di antaranya ialah Pengiran Kasuma Yuda Pengiran Sharifuddin yang mangkat pada tahun 1832, ayahanda kepada Pengiran Indera Mahkota Muahamad Salleh, wakil Sultan di Kuching/Sarawak yang menentang James Brooke, telah mangkat dan dinamakamkan di Kampung Gumpey yang terletak dekat dengan Gedong. Di Muara Tuang terdapat sebuah makam Pengiran Anak Sabtu.

   Kesultanan Brunei telah memerintah Negeri Samarahan, seperti juga kawasan lain di utara Borneo, selama lebih dari 500 tahun. Pemerintahan Kesultanan Brunei berakhir apabila perbalahan di antara Pengiran Indera Mahkota Muahamad Salleh dengan Raja Muda Hashim tercetus pada akhir tahun 1841. Dengan menggunakan persenjataan yang lebih canggih pada ketika itu, James Brooke dan rakan-rakannya telah membantu Raja Muda Hashim menundukkan pemberontakan tersebut. Ekoran daripada itu beliau telah diberikan jajahan Kuching/Sarawak, dari Tanjung Datu hingga Kuala Sungai Samarahan pada tahun 1846.

   Dengan satu perjanjian pada tahun 1853 Samarahan dan Sadong telah diserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Omar Ali Saiffudin. Negeri Sarawak di bawah Tuan Besar James Brooke hendaklah membuat bayaran tahunan $1500 sebagai gantian kepada kehilangan cukai dan ufti. Perjanjian ini hanya disahkan pada tahun 1855. Pada tahun 1861 satu lagi perjanjian dibuat dan kali ini James Brooke hendaklah membayar sebanyak $4500 setahun. Tidak lama selepas ini Samarahan dan Sadong diletakkan dalam Bahagian Kuching/Sarawak di mana pusat pentadbiran terletakl di bandar Kuching/Sarawak.

   Di bawah kerajaan Brooke, pada tahun 1901 Daerah Sadong telah dibentuk merangkumi kawasan Simunjan (Lower Sadong) dan Serian (Upper Sadong) dengan Simunjan sebagai pusat pentadbiran. Pada tahun 1955, Serian telah dipisah dari Daerah Sadong dan wujud menjadi sebuah daerah baru yang dinamakan Daerah Serian. Setelah itu, Daerah Sadong telah diberi nama baru iaitu Daerah Simunjan.

   Musim berlalu dan masa beredar, pelbagai perubahan telah berlaku dan beberapa bahagian telah diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan negeri Sarawak. antaranya adalah Bahagian Samarahan.

Bahagian Samarahan telah diwujudkan pada 24.7.1986 dengan menggabungkan tiga daerah iaitu Simunjan, Serian dan Samarahan. Sebelum 24.7.1986, Daerah Simunjan, Serian dan Samarahan adalah di bawah Bahagian Kuching. Mengikut sejarah, Daerah simunjan telah wujud pada tahun 1901 dan Daerah Serian dibentuk pada tahun 1955. Semasa di bawah Bahagian Kuching, Daerah Samarahan adalah sebuah daerah kecil yang dikenali sebagai Muara Tuang. Sejajar dengan perkembangan dan kehendak semasa, Daerah keicl Muara Tuang telah dinaiktaraf kepada sebuah daerah penuh pada 19.8.1983 dan dinamakan Daerah Samarahan. letak di Kota Samarahan.

 

Picture

 Sesuai dan selari dengan perubahan ini, Pekan Muara Tuang telah dinamakan Kota Samarahan. Beberapa tahun selepas itu, pada 1.1.2002, Daerah Kecil Asajaya (Nonok) dan Daerah Kecil Sadong Jaya (Pendam), masing-masing di bawah Daerah Samarahan dan Daerah Simunjan, telah disatukan dan dinaiktaraf menjadi sebuah daerah penuh dan digelar Daerah Asajaya. Mulai 1.1.2002, Bahagian Samarahan mempunyai empat daerah iaitu, Simunjan, Serian, Samarahan dan Asajaya dan dua daerah kecil iaitu Sebuyau dan Tebedu.

   Dengan pengwujudan Bahagian Samarahan, Daerah Kecil Sebuyau yang dahulunya di bawah Sri Aman (Bahagian Kedua), telah diletakkan di bawah Daerah Simunjan memandangkan kemudahan perhubungan dan komunikasi dengan Simunjan adalah lebih baik kalau dibandingkan dengan Sri Aman. Semua bandar utama di daerah-daerah telah dihubungi dengan jalanraya berter dan ini telah memudahkan pergerakan penduduk untuk berurusan dengan Pejabat Residen yang ter

Selain itu, perhubungan jalanraya yang telah memudah dan meningkatkan pergerakan barang-barang perdagangan ke luar Samarahan dan juga membantu mewujudkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain misalnya ladang kelapa sawit.

    Keluasan Bahagian Samarahan adalah 4,967.45km persegi dengan penduduk berbilangan kaum seramai 219,300 orang pada anggaran tahun 2006. Mengikut daerah, Daerah Samarahan mempunyai keluasan 407.08km persegi dengan penduduk seramai 48,000, Daerah Serian mempunyai keluasan 2,039.89km persegi dengan penduduk seramai 82,000, Daerah Simunjan mempunyai keluasan 2,217.67km persegi dengan penduduk seramai 38,000 dan Daerah Asajaya mempunyai keluasan 302.81km persegi dengan penduduk seramai 29,000 orang.

   Ketika pengwujudan, Bahagian Samarahan tidaklah begitu membangun dan maju. Pada hari ini, 21 tahun kemudian, Bahagian Samarahan sedang membangun dengan cepat dan pesat dan Kota Samarahan sebagai pusat pentadbiran bahagian dikenali sebagai Bandar Ilmu. Sesuai dengan jolokan Bandar Ilmu, di Kota Samarahan terletaknya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samrahan dan Institut Latihan Perindustrian dan juga beberapa pusat latihan yang lain.


SAMARAHAN
Dari Kampung Terpencil Ke Desa Ilmu
 
|