Top Menu
Language Select
  Malay  | English
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 25 Jul 2014
Versi 6.0.3
Footer Menu
Best Viewed
Profil Bahagian Cetak Profil Bahagian

PROFIL BAHAGIAN SAMARAHAN






LATAR BELAKANG

Bahagian Samarahan telah diisytiharkan sebagai Bahagian Kelapan pada tahun 1987. Ia terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Kuching dan boleh dihubungi melalui Jalan darat atau melalui sungai. Bahagian Samarahan yang berkeluasan lebih kurang 4,967.45 kilometer persegi mempunyai empat daerah, iaitu Samarahan, Serian, Simunjan dan Asajaya serta dua Daerah Kecil, iaitu Sebuyau dalam Daerah Simunjan dan Tebedu di Daerah Serian.

Pusat Pentadbiran Bahagian Samarahan adalah di Kota Samarahan yang terletak ditebingan Batang Samarahan. Kota Samarahan dahulunya adalah merupakan sebuah Daerah kecil yang dikenali sebagai Muara Tuang dan ketika itu ia adalah di bawah bidangkuasa Daerah Kuching. Pada tahun 1983, ia telah dinaikkan taraf menjadi daerah penuh dan telah dinamakan sebagai Kota Samarahan.

Pada tahun 1987 Kota Samarahan telah dinaikkan taraf sebagai Bahagian yang kelapan di Negeri Sarawak dimana ia telah digabungkan dengan daerah Serian, Simunjan dan Asajaya bagi membentuk sebuah bahagian yang dinamakan sebagai Bahagian Samarahan.

Dulunya keadaan geografinya Bahagian Samarahan adalah merupakan kawasan yang berpaya serta sukar untuk dibangunkan, maka aktiviti pertanian ketika itu hanya diusahakan sekadar untuk sara diri sahaja. Atas usaha pro-aktif Kerajaan Negeri yang berjaya melaksanakan pelan induk pembangunan yang komprehensif bertunjangkan falsafah Politik Pembangunan, kini Bahagian Samarahan telah pesat membangun serta dikenali sebagai Pusat Ilmiah.

Dengan terbina dua buah Institut Pengajian Tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan juga Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan sebuah Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR) di Samarahan maka ia telah dikenali sebagai Pusat Ilmiah. Selain dari itu Samarahan juga telah dijadikan lokasi untuk Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan juga Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak.

          

                      UNIMAS                                                                                                     UiTM




Keluasan

Luas kawasan Bahagian Samarahan ialah 4,967.45 kilometer persegi dengan Daerah Simunjan adalah yang terbesar iaitu meliputi 44.7 peratus keluasan Bahagian ini dan daerah Asajaya mempunyai keluasan yang terkecil yang hanya meliputi kira-kira 6.1 peratus.

Daerah Dan Keluasan

Bil.

Daerah

Keluasan  (km persegi)

1.

Samarahan

407.08

2.

Serian

1,762.4

3.

Simunjan

1,370.12

4.

Asajaya

302.81

Jumlah Keseleruhan

3,842.41

Daerah Kecil dan Keluasan

Bil.

Daerah

Keluasan  (km persegi)

1.

Sebuyau

847.55

2.

Tebedu

277.49

Jumlah Keseleruhan

1,125.04

Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Kuching


Jumlah Penduduk Mengikut Pecahan Kaum dan Pecahan Daerah

Bil

Kaum

Tahun 2010

 


Samarahan

Serian

Simunjan

Asajaya

Jumlah

1.

Melayu

51,600

11,500

21,500

27,200

111,800

2.

Iban

22,700

15,800

14,900

2,800

56,200

3.

Bidayuh

7,300

55,300

400

200

63,200

4.

Melanau

900

200

100

100

1,300

5.

Lain-lain (Bumiputera)

2,400

600

200

0

3,200

6.

Cina

17,600

8,300

1,300

2,100

29,300

7.

Lain-lain (Bukan Bumiputera)

600

500

100

0

1,200

8.

Bukan Warganegara

700

2,000

1,200

200

4,100

Jumlah

103,700

94,000

39,700

32,600

270,000

Sumber: Taburan Penduduk Dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010, Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak.


Bilangan Penduduk Mengikut Jantina

Bil.

Daerah

Tahun 2013

1.


Lelaki

Perempuan

2.

Samarahan

51,200

52,500

3.

Serian

48,000

46,000

4.

Simunjan

20,400

19,300
5.
Asajaya
16,700
15,900




Jumlah Keseluruhan

136,300

133,700

Sumber: Taburan Penduduk Dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010, Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak.


Bilangan Penduduk Mengikut Pecahan Kumpulan Etnik

Bil.      

Kumpulan Etnik

Tahun 2013

1.     

Melayu

111,800

2.  

Iban

56,200

3.  

Bidayuh

63,200

4.
Melanau
1,300
5.
Lain-lain (Bumiputera)
3,200
6.
Cina
29,300
7.
Lain-lain (Bukan Bumiputera)
1,200
8.
Bukan Warganegara
4,100

JUMLAH
270,000

Sumber: Taburan Penduduk Dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010, Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak

(Dikemaskini pada 21 Februari 2014)

 


1   Seterusnya

 
|

Prominent Link