|
Dari Kota Samarahan kita
memulakan perjalanan ke Daerah Asajaya. Untuk ke Pekan Asajaya kemudahan
jalanraya amatlah baik. Permulaan perjalanan ke destinasi tersebut kita
terlebih dahulu menggunakan perkhidmatan Feri untuk menyeberangi Batang
Samarahan untuk ke Asajaya dan terus ke Sadong Jaya. Perkhidmatan Feri
disini bergantung pada paras ketiggian iaitu pasang surut air sungai, jika paras air rendah
bermakna perkhidmatan feri tidak beroperasi, maka perjalanan terpaksa
menggunakan jalan darat melalui Jalan Entingan iaitu persimpangan jalan
menuju ke UiTM menghala ke Kampung Melayu untuk terus ke Asajaya.
Untuk perjalanan ke Daerah Serian jaraknya
kira-kira 60 kilometer memakan masa kurang dari satu jam dengan
kemudahan jalanraya yang sangat baik. Dari Pekan Serian, untuk terus ke
Daerah Simunjan perjalanan melalui jalan Serian / Sri Aman sejauh
kira-kira 110 kilometer untuk sampai ke Pekan Simunjan. Sejak bulan
April yang lalu terdapat satu lagi alternatif untuk ke Daerah Simunjan
dengan melalui Sadong Jaya dan menggunakan perkhidmatan Feri dari Sungai
Buloh untuk menyeberangi Batang Sadong untuk ke Kampung Seruyuk. Dari
Pengkalan Feri Seruyuk ke Pekan simunjan jaraknya kira-kira 21 kilometer
sahaja. Dengan melalui alternatif ini boleh menyingkat jarak perjalanan
walaupun jalannya masih lagi belum siap sepenuhnya.
Untuk mengenalai Bahagian Samarahan dengan
lebih lanjutnya kami mengalu-alukan kunjungan anda. |