|
Sebelum itu Pejabat Residen Bahagian
Samarahan memulakan operasinya di bangunan Pejabat Daerah
Samarahan yang ada sekarang sebelum berpindah ke bangunannya
sendiri pada awal tahun 1992. Bangunan ini telah dirasmikan oleh
YAB. Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua
Menteri Sarawak pada 28 Ogos 1992. Selain dari Pejabat Residen
Samarahan ia juga turut menempat beberapa agensi yang lain
seperti Pejabat Perbendaharan Negeri, Jabatan Kebajikan Bahagian
Samarahan dan juga Pejabat Pos. Jabatan Tanah dan Survei
Bahagian Samarahan dan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian
Samarahan juga pernah beroperasi di bangunan ini sebelum mereka
berpindah ke bangunan masing-masing.
Pejabat Residen Bahagian Samarahan
diketuai oleh Dr. Haji Sulaiman Haji Husaini sebagai Residen
Bahagian Samarahan yang keempat. Beliau mula berkhidmat Sebagai
Residen Bahagian Samarahan pada 1 Februari 2002 sehingga
sekarang. Residen yang pertama dilantik sebagai Residen Bahagian
Samarahan ialah Datuk Haji Bolhen Haji Nor yang berkhidmat mulai
1 September 1987 sehingga 24 September 1993 manakala Pengiran
Haji Zain Pengiran Haji Salleh adalah merupakan Residen yang
kedua memulakan khidmatnya pada 25 September 1993 sehingga 30
Jun 1999. Sementara Tuan Haji Sarudu bin Haji Hoklai ialah
Residen yang ketiga berkhidmat di Bahagian Samarahan bermula
dari 1 Julai 1999 sehingga 31 Disember 2002.
Residen adalah merupakan Ketua
Pentadbiran Bahagian Samarahan dengan dibantu oleh Timbalan
Residen, Encik Abdullah Upang yang juga bertanggungjawab sebagai
ketua di Unit Pembangunan Bahagian Samarahan. Sementara di
peringkat Daerah ianya diketuai oleh Pegawai Daerah sementara di
peringkat Daerah Kecil diketuai oleh Pegawai Tadbir. Pejabat
Residen Bahagian Samarahan mempunyai keanggotaan seramai 5 orang
Pegawai Tadbir, 4 orang Penolong Pegawai Tadbir, 1 orang
Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan), 1 Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan),
1 orang Pelukis Pelan (Kejuruteraan), 3 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian),
3 Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip), 2 orang Pembantu Am Rendah,
2 orang Pemandu Kenderaan, 2 orang Jaga dan 2 orang Pekerja
Rendah Awam.
|